Monday, October 11, 2010

Cool Kitchen Gadget For Mum

Electric Jar Opener
saya tak tau le apa perasaan para ibu yang lain... bagi saya membuka penutup botol seperti jem atau mayonis memang menyusahkan..lagi-lagi kalau suami takde kat rumah... rasa nak baling je kat dinding... terima kasih kepada pruduk  Black and Decker yang telah mencipta pembuka penutup botol elektrik.semua kerja jadi mudah dan cepat.. tu pun kalau kita ada beli satu ye tak.. kalau takde guna je cara tradisional takpun baling je kat lantai...
malangnya belum sampai kat malaysia lagi... harga pasaran $30.00 usd



 I  Love You Toaster

hmmmm... cara terbaru meluahkan rasa cinta pada yang sayang... tak perlu lagi beli coklat atau belikan bunga... setiap hari kita boleh tunjukkan rasa sayang dan cinta pada yang tersayang... perut pun kenyang. bahagianya rasa.....
boleh dibeli secara online dengan harga $48.00 usd
Pop-Up Hotdog Cooker
sekiranya anda mencari sesuatu yang mudah untuk memasak sosej... rasanya ini yang anda perlukan... tak payah angkat kuali... melompat ke kanan dan kiri mengelak minyak... cuma masuk kan saje cukup masa ia melompat keluar dan sedia untuk dimakan... pasti anak anda tersenyum. kita pun ada lebih masa kalau nak menonton cerita korea hihihihi

boleh didapati di
http://www.hammacher.com/ 
harga $49.95.

No comments:

Post a Comment